assalam,kalian.
alhamdullilah,saya telah meneruskan semester kedua saya untuk tempoh seminggu.
semuanya berjalan dengan lancar.walaupun,dengan ketara sekali banyak kelas yang
dibatalkan tanpa apa-apa alasan. oleh itu,sindrom kebosanan menjadi semakin menular
di kalangan pelajar-pelajar di kampus ini. terutama bagi pelajar senior. so,ubat yang paling
mujarab pada masa sekarang hanyalah dengan menonton movie. secara besar-besaranlah
aktiviti tukar-tukar pendrive dan movie berlangsung. hahaha. saya antara mereka. hahaha.
so,seminggu sebelum naik semester dua ni mak uda ada buat kenduri 'house warming'
dekat rumah barunya. jadi kami sekeluarga serta sanak saudara telah berbondong bondong
datang ke rumah mak uda. nak jadikan cerita gambar yang dekat atas tu diambil di rumah mak uda
oleh sepupu kesayanganku,pika. btw,sangat cantik gambar ni. hahaha -.-''
disebabkan saya tak reti dan tak berani nak amik gambar guna kamera 'berkuasa tinggi' tu
jadi tak ade satu pon gambar yang saya amik. padahal yang lain lain memang gatal gatal
tangan je nak snap-ing guna kamera tu. tapi kan,memang tak best pon jadi
photographer ni. dengan pastinya gambar kita lah yang paling sikit. silap silap langsung
tak ade pon boleh jadi. hahaha. so,kiranya banyak juga gambar saya di snap pada hari tu sebab saya
memang langsung tak pegang kamera tu. hahaha.so kesimpulannya lebih baik jangan pegang
kamera kalau nak banyak gambar dalam satu satu event. :)
ok,habis. saya perlu ke kelas bahasa pada awal awal pagi esok.
sebelum saya terus terusan menguap dalam kelas yang pertama pada untuk
minggu kedua ini. lebih elok rasanya jika saya mengalah pada gelombang beta yang semakin kuat ini.
i'allah kalau panjang umur 'we'll see in the next post'
assalam,kalian.

No comments:
Post a Comment