gatal. itu sahaja yg mampu saya katakan.
dah dua hari saya menanggung kegatalan yang amat sgt.
tangan,jari,kaki dan muka semua sudah menjadi mangsa kerakusan kuku saya.
maafkan saya,encik kulit!
saya sudah tidak tahan untuk semua ini.
kpd tuan ulat bulu yang secara sukarela menyebarkan bulu-bulu anda,terima kasih byk!
saya harap awak tak lakukan benda yg sama pada org lain.
cukuplah saya seorang.
dan nampaknya secara zahir saya akan terus menjadikan encik kulit mangsa harian saya.
mungkin sehingga akhir minggu ini.
kepada encik kaki,tuan tangan dan datin jari nampaknya anda pula yg akan menjadi mangsa saya yang seterusnya.
dan awak,tan sri leher saya minta sgt-sgt utk jgn menawarkan diri sbg mangsa saya juga.
saya sudah tidak sanggup bermusuhan dgn awak.
cukuplah sekali sahaja.
buat tuan doktor,insya Allah kita akan berjumpa hari ini.
luka-luka kecil saya ini perlukan ubat dari awak.
hah! hampir terlupa.
buat luka-luka kecil saya yg tersayang,tolonglah berbaik dgn saya.
saya tahu awak bencikan air.
tapi jgn libatkan saya dlm permasalahan awak.
ia sgt memedihkan.
saya harap sgt-sgt awak semua (encik kulit,encik tangan,tuan kaki,datin jari dan tan sri leher) akan setuju untuk membuat perjanjian damai dgn saya.
awak semua amat bernilai buat saya.
akhir sekali kepada sistem saraf saya,tolonglah saya memperlahankan tindakbalas spontan saya. jika tidak,luka-luka saya akan menjadi lebih teruk.
tolong bantu saya ye.
be nice to me,please..! :)
akhir sekali kepada sistem saraf saya,tolonglah saya memperlahankan tindakbalas spontan saya. jika tidak,luka-luka saya akan menjadi lebih teruk.
tolong bantu saya ye.
be nice to me,please..! :)
p/s: angin sampaikan salam sayang saya pada encik ulat bulu tu ye.. T.T
what s wrong nina
ReplyDelete????terkena jangkitan air k???